Ucapan Pengarah


Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam 1Kastam.
Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) merupakan sebuah pusat latihan kemahiran perkastaman yang mempunyai peranan besar dalam membangunkan modal insan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Ia tidak tertumpu hanya untuk memberikan latihan kepada warga kerja JKDM sahaja tetapi sebaliknya ia juga merupakan sebuah pusat latihan pentadbiran perkastaman peringkat Asia Pasifik yang telah mendapat pengiktirafan World Customs Organization (WCO).
Selaku pegawai yang telah diamanahkan untuk mengemudi Akademi ini, saya sedar tentang tugas berat, amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bagi mencapai segala visi dan misi Akademi khususnya dan Jabatan amnya. Justeru, saya mengajak semua warga kerja AKMAL bersama-sama saya bergerak ke hadapan, melaksanakan segala apa yang dirancang, apa yang telah dan akan diusahakan dalam menggapai kejayaan sebagai sebuah Akademi Perkastaman yang terunggul di rantau ini.
Mudah-mudahan segala aktiviti dan program latihan yang dibangunkan oleh Akmal, bukan sekadar melahirkan individu-individu yang berilmu dan berkemahiran perkastaman sahaja tetapi juga dapat membina sahsiah pegawai yang berintegriti tinggi serta berwawasan dalam mendukung amanah sebagai anak bangsa Malaysia yang satu.
Kemajuan pesat teknologi global pada era ini, memudahkan lagi usaha ke arah pencapaian visi dan misi Akmal. Laman sesawang AKMAL yang telah diwujudkan ini umpamanya, merupakan satu usaha ke arah perkongsian dan penyebaran maklumat secara terancang kepada warga kerja Akmal dan Jabatan, pelanggan dalaman mahupun luaran. Moga kewujudan laman sesawang ini akan dapat dimanfaatkan oleh para pelayar alam maya yang mencari informasi dan ilmu berasaskan kepada maklumat di hujung jari.
Selamat melayari laman sesawang AKMAL.
Pengarah Akademi Kastam Di Raja Malaysia



