Internet Services
JKDM webMail AKMAL4U
Pautan Utama
Hubungi AKMAL
Akademi Kastam Diraja Malaysia
Royal Malaysian Customs Academy
Peti Surat 160, Bukit Baru,
Hang Tuah Jaya
75730 Melaka
Malaysia
No Telefon: +6062331100
No Fax: +6062317762

Dasar Latihan

Dasar Latihan AKMAL
Melahirkan individu berilmu, mempunyai tahap kemahiran dan keupayaan yang tinggi dalam menjalankan tugas, berpegang teguh kepada Etika Perkhidmatan serta mengamalkan sikap positif terhadap tugas dan organisasi melalui pendekatan latihan komprehensif yang bersepadu berteraskan pembangunan seimbang dari segi mental, rohaniah, jasadiah dan emosi dilaksanakan secara terancang, berterusan dan saksama.
Dasar Kualiti Latihan AKMAL
AKMAL komited menyediakan perkhidmatan latihan perkastaman yang memenuhi keperluan pelanggannya. AKMAL akan melaksanakan penambahbaikan yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualitinya.
Dasar Pelaksanaan Latihan AKMAL
  1. Tumpuan kepada kursus Asas Perkaastaman terutama kepada Pegawai Kastam baru dengan penekanan kepada pembinaan sahsian atau jati diri kastam yang teguh.
  2. Pendekatan latihan secara menyeluruh, komprehensif dan holistik dengan membangunkan modul yang lengkap dan meliputi semua aspek teras perkastaman
  3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai Kastam khasnya dalam bidang pengurusan, kewangan dan perolehan, taksiran dan penjenisan, siasatan dan pendakwaan, dan pemeriksaan akaun dan auditan pasca import.
  4. Pendedahan mengenai perkembangan-perkembangan di arena antarabangsa seperti trend-trend perdagangan yang memberi kesan kepada perkhidmatan perkastaman serta perkembangan-perkembangan dalam perkastaman antarabangsa.
  5. Penyediaan latihan berkualiti yang menepati kumpulan sasar serta kemudahan logistik dan prasarana yang disediakan di AKMAL ke arah pembangunan modal insan Kastam yang terunggul.
  6. Latihan AKMAL merupakan pencetus dan pelengkap kepada program pembinaan keupayaan (capacity building) seperti yang disaran oleh Kerajaan, Jabatan dan WCO (World Customs Organization).
  7. Program 'WCO e-Learning" dijadikan sebagai sebahgian daripada modul kursus-kursus yang dianjurkan, disamping menyediakan program pembiasaan (famikliarization) kepada Pegawai Kastam yang berminat serta membantu membangunkan Pusat eLearning di negeri/stesen Kastam.
  8. Penumpuan semua latihan ke arah menjana sumber manusia bagi aktiviti Cukai Dalaman
  9. Pegawai-pegawai AKMAL diutamakan sebagai tenaga pengajar (resource person) dan juga Pegawai-pegawai KDRM yang dikenalpasti sebagai subject expert (SME)