Kepada Pengguna,
Mulai sekarang, e-mel anda dihantar ke Sistem E-Mel Exchange/OWA.
Capaian baru bagi sistem webmail baru adalah https://webmail.customs.gov.my .Sistem ini dikenali sebagai Outlook Web App (OWA).
Untuk membolehkan anda mengakses sistem OWA ini, anda mesti mengaktifkan akaun di https://migrasi.customs.gov.my/ atau https://10.13.180.99 atau https://218.208.33.76 . Sila ambil maklum bahawa polisi kata laluan baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 12 aksara.
Sebarang pertanyaan /masalah sila berhubung dengan +603-8882 2591/2589/2586 atau e-mel kepada email@customs.gov.my. Panduan pengguna boleh didapati secara online di laman web http://www.customs.gov.my/panduan-emel
Terima Kasih
Pasukan Migrasi E-mel
CTM Ibu Pejabat JKDM
AKMAL DIANUGERAHKAN `THE BLUE RIBBON CERTIFICATE’ SEBAGAI PENGIKTIRAFAN KE ATAS PELAKSANAAN POLISI AKMAL BEBAS ASAP ROKOK.

YBhg Puan Dayang Fatimah binti Johari, Pengarah AKMAL telah menerima The Blue Ribbon Certificate dari YB. Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia.

Bergambar ramai dengan YB. Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia dan penerima anugerah dari Agensi lain.
AKMAL telah melaksana polisi Bebas Asap Rokok sejak 11 April 2010. Polisi ini diperkenalkan oleh pengurusan AKMAL untuk memastikan persekitaran AKMAL sebagai institusi latihan yang sihat, selamat dan bebas asap rokok. Polisi AKMAL Bebas Asap Rokok ini terpakai kepada sesiapa sahaja yang berada di kawasan AKMAL termasuk warga AKMAL sendiri, peserta kursus dan semua pelawat yang berkunjung ke Akademi ini. Ini bererti, dengan pendekatan sentiasa bergerak ke hadapan atau moving forward, semua tempat di dalam AKMAL merupakan kawasan larangan merokok.
Polisi AKMAL Bebas Asap Rokok ini adalah selari dengan hasil dari kajian saintifik yang mendapati tabiat merokok dan terhidu asap rokok memudaratkan kesihatan. Asap rokok yang mengandungi gas toksik dan partikel dibuktikan secara klinikal antara penyebab penyakit kanser dan merosakkan jantung serta paru-paru.
Polisi AKMAL Bebas Asap Rokok ini juga selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Melaka yang melancarkan program Melaka Bebas Asas Rokok pada tahun 2010. Di samping itu, polisi ini adalah menyokong komitmen Kerajaan Malaysia yang menandatangani Konvensyen Rangka Kerja Bagi Kawalan Tembakau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) pada tahun 2005. Di bawah Artikel 8 Konvensyen tersebut, kerajaan mengesahkan komitmennya untuk memberi perlindungan kepada orang awam daripada pendedahan terhadap asap rokok melalui peraturan-peraturan larangan merokok.
Usaha-usaha yang dilaksanakan oleh AKMAL berkaitan bebas asap rokok ini telah mendapat pengiktirafan dari Malaysian Health Promotion Board (MySihat) atau Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat). Malaysian Health Promotion Board (MySihat) merupakan sebuah badan berkanun yang pertama ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan pewartaan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 (Akta 651). Antara lain objektif organisasi Malaysian Health Promotion Board (MySihat) ialah mempromosi pengamalan cara hidup sihat dan mempertingkatkan keadaan sosial serta persekitaran bagi memperbaiki kualiti hidup rakyat Malaysia yang bebas dari asap rokok.
Selaras dengan pengiktirafan ini, AKMAL dianugerahkan The Blue Ribbon Certificate oleh Malaysian Health Promotion Board (MySihat). Sijil ini dianugerahkan kepada organisasi yang menunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan persekitaran hidup yang sihat tanpa asap rokok. Sijil ini disampaikan oleh YB. Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia. Majlis penyampaian sijil diadakan di Swan Convention Centre, Sunway Medical Centre, Petaling Jaya, Selangor pada 28 Februari 2013. YBhg Puan Dayang Fatimah binti Johari, Pengarah AKMAL telah menerima sijil berkenaan. Namun, penganugerahan ini bukan penutup tirai kepada usaha memperkasa amalan gaya hidup sihat tanpa asap rokok dalam persekitaran AKMAL. Usaha menjadikan AKMAL sebagai premis bebas asap rokok akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa.

| Tarikh: | 19 Disember 2012 |
| Tempat: | AKMAL Melaka |
| Masa: | Bermula dari jam 8:00 pagi |
| Disempurnakan oleh: | Y.Bhg Dato' Sri Khazali bin Hj. Ahmad Ketua Pengarah Kastam Malaysia |
Majlis Bersama Ketua Pengarah Kastam Malaysia akan diadakan pada 14 September 2012 (Jumaat) bersamaan 27 Syawal 1433H jam 7.45 malam di Dewan Tun Tan Siew Sin AKMAL.
Konvensyen kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) ke 13 Jabatan Kastam Diraja Malaysia peringkat kebangsaan tahun 2012 akan berlangsung di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) pada 10.9.2012 hingga 12.9.2012.
Sekiranya anda menghadapi masalah capaian internet pastikan setting TCP/IP V4 adalah seperti berikut:
Gateway: 10.33.1.1
Primary DNS: 10.33.1.1
Secondary DNS: 202.188.1.5
Secondary DNS adalah bebas mengikut pilihan anda. Contoh..
TMnet: 202.188.0.133, 202.188.1.5
Google: 8.8.8.8, 8.8.4.4
OpenDNS: 208.67.222.222, 208.67.220.220
Kerja-kerja pemasangan/konfigurasi/ujian firewall AKMAL Melaka sedang dijalankan dan dijangka akan selesai pada Ogos 25 2012.
Pengguna akan mengalami masalah capaian kepada perkhidmatan internet AKMAL Melaka dalam tempuh berkenaan. Untuk makluman warga AKMAL Melaka, kerja-kerja ini tidak menggangu capaian internet kecuali capaian kepada domain akmal.gov.my.
Selepas tempoh berkenaan, kemungkinan juga capaian internet tidak berjalan lanacar. Sila laporkan maslah kepada JICT.
Warga kerja Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) mengucapkan selamat datang kepada Pengarah baru AKMAL, Y.Bhg Puan Dayang Fatimah Binti Johari.
Kiranya belum terlewat untuk kami mengucapkan TAHNIAH di atas kenaikan pangkat dan pelantikan ini. Moga AKMAL terus cemerlang di bawah kepimpinan Y.Bhg.Puan.
Berkhidmat penuh jasa
Berhijrah meneruskan perjuangan
Berkhidmat untuk negara
Berhijrah menuju kejayaan
Selamat datang, selamat bertugas di bumi Melaka daripada kami warga kerja AKMAL.



