pic

Kursus/Acara Akan Datang

 1 March 2010
Kursus Pengenalan Asas Komputer (Perisian,Perkakasan dan Rangkaian)

 8 March 2010
Kursus Induksi Umum Kumpulan I Gred W27 & W41

 1 March 2010
Reserved for Regional Office of Capacity Building Asia-Pasific (WCO-RTC)

Aplikasi Atas Talian

WCO E-Learning E-Dokumentasi Forum

Terkini

Visit Malaysia 2008

Tourism Malaysia Virtual Malaysia Visit Malaysia

Hyper Rangkaian

Kastam DiRaja Malaysia Kerajaan Malaysia MSC

Hubungi Kami

Aduan >> email

Akademi Kastam Diraja Malaysia Melaka
Royal Malaysian Customs Academy
Peti Surat 160, Bukit Baru,
Hang Tuah Jaya
75730 Melaka
Malaysia

No Telefon: +6062331100
No Fax: +6062317762
Email:admin@akmal.gov.my
Atau klik sini untuk menghubungi kami.

Hit cnt (frm June 01 2009): 890

Sambutan Maulidur Rasul 2010

Ditulis pada: February 27, 2010, 12:54 am

Sambutan Maulidur Rasul  1431H/2010 yang bertemakan 'Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah'.Perayaan Maulidur rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Kerajaan Fatimah telah merayakan perayaan ini secara besar-besaran. Bukan hanya hari jadi Rasulullah saw sahaja yang dirayakan, tetapi juga ahli keluarga Nabi saw seperti Zainab, Hassan, Hussain ( r.a.). juga dirayakan. Bahkan mereka juga merayakan kelahiran Nabi Isa as.

Walaubagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 atas perintah Perdana Menteri al-Afdal Shahindah pada ketika itu yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Masyarakat berhenti merayakannya sehingga Al-Ma€ ¦'²moon Al-Bataa€ ¦'²ni memegang kuasa kerajaan. Beliau telah yang memulakan kembali perayaan yang telah dihentikan sebelum itu.

Apabila Kerajaan al-Ayubbiah merampas kuasa, semua perayaan telah dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya dikalangan keluarga mereka di dalam rumah. Pada Abad ke 7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa€ ¦'²d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen `Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Beliau merupakan seorang sunni. Muzafar mengambil berat akan perayaan ini sehingga memerintahkan agar persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan ini di dalam khemah yang telah didirikan itu.

Perayaan diadakan pada 8 Rabiulawal dan kadang-kadang 12 Rabiulawal. Sambutannya diisikan dengan pelbagai acara antaranya membaca sejarah Nabi (s.a.w.) sehinggalah kepada menghias binatang ternakan untuk disembelih kemudian diadakan jamuan besar-besaran.

Berkata Ibnu Haajj Abu Abdullah Al-Abdari, perayaan tersebut tersebar luas di seluruh Mesir pada zaman pemerintahan Putera Muzafar ini. Beliau menentang akan perayaan yang diadakan. Banyak buku telah ditulis mengenai perayan Maulidur Rasul ini antara penulisnya ialah Ibn Dahya, meniggal dunia pada 633, Muhy Ed-Deen Ibn Al-`Arabi, meniggal di Damascus pada 683, Ibn Taghrabik, meniggal di Mesir pada 670, dan Ahmad Al-`Azli dan anaknya Muhammad, meniggal di Sebata pada 670.
Oleh kerana amalan bid€ ¦'²ah yang banyak ketika perayaan itu, ulama€ ¦'² telah berbeza pendapat akan kebolehan merayakan Maulid Nabi ini. Pendapat pertama membolehkan perayaan ini manakala pendapat yang kedua mengatakan sebaliknya. Antara yang membolehkan ialah As-Siyooti, Ibn Hajar Al-`Asqalaani dan Ibn Hajar Al-Haythmi. Walaupun mereka bersetuju dengan perayaan ini, mereka tetap membangkang aturcara ketika Maulid itu(pada zamannya).

 

HARI KASTAM SEDUNIA KE 28

Ditulis pada: January 27, 2010, 7:34 am

Melaka 26 Jan. 2010. Hari Kastam Sedunia ke 28 disambut penuh meriah oleh 2,000 kakitangan JKDM dan rakan niaga terdiri daripada Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia, Pengimport dan Pengeksport, Pelesen-Pelesen Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. Tema sambutan kali ini ialah "Kastam dan Rakan Niaga Peningkatan Prestasi Melalui Perkongsian".

Sambutan yang penuh gilang gemilang tersebut diresmikan oleh Y.B. Menteri Kewangan II Malaysia Dato' Hj Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah. Turut serta memeriahkan majlis tersebut ialah Y.A.B Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Wira Ali bin Rustam, barisan Ahli-Ahli Majlis Dewan Undangan Negeri Melaka, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan dan dif-dif jemputan kehormat.

Aturcara majlis dimulakan dengan Acara Perbarisan Tabik Hormat,nyanyian beramai-ramai Lagu Negaraku, Kastam dan ABID diikuti dengan Bacaan Doa, Ucapan Aluan oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia Dato' Seri Ibrahim bin Jaapar dan ucapan Perasmian Sambutan oleh Y.A.B. Menteri Kewangan II.

Sebelum itu, pada petang 25 Jan. 2010 JKDM turut mengadakan Majlis Bacaan Yaseen dan Tahlil di Surau baru AKMAL yang terletak dalam kawasan Akademi. Majlis tersebut dijayakan bersama oleh kira-kira 500 warga JKDM termasuk para-para isteri masing-masing dan dif-dif jemputan khas.