SOROTAN AKMAL
UCAPAN PERSARAAN TUAN HAJI SALEH BIN ISMAIL
TIMBALAN PENGARAH KASTAM, WK54 (KUP), AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA
09 Ogos 2018
 
TUAIAN HASIL PERTAMA HYDROPONIK AKMAL
09 Ogos 2018
 
PROGRAM KHIDMAT BAKTI MASYARAKAT AKMAL
09 Ogos 2018
 


Klik untuk info penuh...
PAUTAN
HUBUNGI AKMAL
Akademi Kastam Diraja Malaysia
Royal Malaysian Customs Academy
Peti Surat 160, Bukit Baru,
Hang Tuah Jaya
75730 Melaka
Malaysia
No Telefon: +6062331040
No Fax: +6062317762

Pandu Arah KE AKMAL
(Direction To AKMAL)

Jabatan Pengajian Asas Perkastaman

Fungsi Jabatan Pengajian Asas Perkastaman

Memberi pengetahuan dan kefahaman kepada anggota-anggota Jabatan mengenai perundangan Kastam, bidang kuasa dan prosedur kerja yang berkaitan dengannya supaya mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan betul dan berkesan serta meningkatkan dan memperkukuhkan disiplin dan jatidiri anggota-anggota Jabatan untuk memastikan mereka berintegriti tinggi dan dapat berkhidmat dengan jujur, cekap dan cemerlang.

Program Pembangunan Professional

  • Membangun Modul Kursus Asas pegawai gred Gred WK41, Gred WK29, Gred WK19
  • Mengurus penyediaan soalan dan skema jawapan bagi kursus asas pegawai gred Gred WK41, Gred WK29, Gred WK19
  • Menyediakan laporan pemarkahan yang merangkumi aspek akademik, disiplin dan penglibatan peserta sepanjang kursus asas.

Program Pembangunan Operasi

  • Mengendalikan kursus asas untuk Penguasa Kastam Gred WK41, Penolong Penguasa Kastam Gred WK29, Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19.
  • Mengurus penyediaan nota terkini bagi Modul Pengurusan, Perkastaman, Cukai Barangan & Perkhidmatan (CBP), Penguatkuasaan, Pematuhan dan Perkhidmatan Teknik kepada peserta kursus asas
  • Bekerjasama dalam pelaksanaan kursus dan program yang dikendalikan oleh jabatan-jabatan pengajian AKMAL yang lain.

Program Transformasi Minda

  • Mengendalikan kursus Program Transformasi Minda (PTM) untuk pegawai-pegawai dan kakitangan sokongan yang berkhidmat dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia
  • Menyediakan laporan penilaian PTM yang merangkumi aspek disiplin, personaliti dan komitmen sepanjang kursus PTM bagi proses pengesahan jawatan pegawai lantikan baru.

Kursus yang ditawarkan

  • Kursus Asas Penguasa Kastam Gred WK41.
  • Kursus Asas Penolong Penguasa Kastam Gred WK29.
  • Kursus Asas Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19
  • Kursus Program Transformasi Minda (PTM) untuk pegawai-pegawai dan kakitangan sokongan yang berkhidmat dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia