Info AKMAL

Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Penguasa Kastam Gred W41 Siri 1/2014 & Kursus Asas Pembantu Penguasa Kastam Gred W17 Siri 2/2014 - 11 September 2014

Majlis Makan Malam Peserta Kursus Asas Gred W41 & Gred W17 Bersama Timbalan Ketua Pengarah Kastam (TKPK) - 3 September 2014


Perkhidmatan Atas Talian
JKDM webMail AKMAL4U AKMAL uDaftar
Pautan Utama
Hubungi AKMAL
Akademi Kastam Diraja Malaysia
Royal Malaysian Customs Academy
Peti Surat 160, Bukit Baru,
Hang Tuah Jaya
75730 Melaka
Malaysia
No Telefon: +6062331100
No Fax: +6062317762

AKMAL: Latar Belakang

AKMAL mula ditubuhkan pada tahun 1956 di atas sebidang tanah seluas 11 ekar di Jalan Penghulu Abas, Bukit Baru, Melaka. Pada peringkat awal ianya dikenali dengan nama Pusat Latihan Kastam Persekutuan yang terdiri daripada dua blok bangunan bagi pejabat, kelas dan bangunan asrama.

Pada tahun 1957, Pusat latihan ini bertukar nama kepada Sekolah Latihan Kastam Persekutuan yang mengendalikan kursus-kursus bercorak ulangkaji untuk Pegawai-pegawai Kastam.

Dalam tahun 1960 fungsinya telah diperluaskan dengan melatih Penolong Penguasa Kastam.Dengan penganugerahan gelaran Diraja oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 2 April 1963 nama Sekolah Latihan Kastam Persekutuan telah ditukar kepada Maktab Latihan Kastam Diraja Malaysia.

Pada tahun 1987 nama Maktab latihan ditukar kepada nama Maktab Kastam Diraja Malaysia seiring dengan peranannya yang semakin penting. Bangunan pejabat, asrama, bilik-bilik kuliah telah ditambah dan dinaik taraf.

Kemudahan-kemudahan bagi tujuan latihan termasuk dewan, surau, gelanggang permainan, gimnasium, perpustakaan dan kolam renang dibangunkan.Pada bulan Oktober 1989 Kastam Diraja Malaysia dinaik taraf menjadi Akademi Kastam Diraja Malaysia selaras dengan perkembangan dan kemampuannya sebagai sebuah Akademi.Pada tahun 1990, projek Pembesaran AKMAL dimulakan yang melibatkan pembinaan pejabat, dewan syarahan, auditorium, asrama, stadium, gelanggang permainan dan makmal-makmal. Projek ini telah disiapkan pada tahun 1991 dan dirasmikan pada tahun 1993.Dengan pembesaran AKMAL ini, kursus-kursus dapat dilaksanakan bukan sahaja untuk anggota jabatan tetapi untuk agensi-agensi lain dan Pertubuhan Kastam Sedunia.

Kampus utama AKMAL terletak di Bukit Baru Melaka. Terdapat lima (5) cawangan iaitu:-
  • AKMAL Wilayah Sabah, Menggatal Sabah
  • AKMAL Wilayah Sarawak, Kuching Sarawak
  • AKMAL Wilayah Langkawi, Bukit Malut, Pulau Langkawi
  • AKMAL Wilayah Selatan di Tg Surat, Johor
  • AKMAL Wilayah Timor di Kelantan