SOROTAN AKMAL
SAMBUTAN HARI KASTAM SEDUNIA KALI KE-35
27 Jan 2017
 
PERUTUSAN KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA BERSEMPENA SAMBUTAN HARI KASTAM SEDUNIA KE 35
25 Jan 2017
 


Klik untuk info penuh...
PAUTAN
HUBUNGI AKMAL
Akademi Kastam Diraja Malaysia
Royal Malaysian Customs Academy
Peti Surat 160, Bukit Baru,
Hang Tuah Jaya
75730 Melaka
Malaysia
No Telefon: +6062331040
No Fax: +6062317762

Pandu Arah KE AKMAL
(Direction To AKMAL)

Soalan-soalan Lazim

1. Apakah fungsi Akmal?

Akademi Kastam Diraja Malaysia (Akmal) adalah sebuah pusat latihan bagi kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Ia berfungsi sebagai sebuah institusi latihan yang melatih dan mendidik warga kerja JKDM mengenai tugas dan ilmu perkastaman. Di samping memberi latihan kepada kakitangan JKDM, ia juga telah diperaku oleh World Customs Organization (WCO) sebagai training arm untuk latihan perkastaman di rantau Asia Pasific.

2. Bagaimanakah cara untuk memohon sesuatu kursus yang ditawarkan?

Kakitangan JKDM yang ingin memohon sebarang kursus yang ditawarkan di Akmal hendaklah mengisi borang permohonan berkursus di Unit Latihan Negeri/Stesen masing-masing. Pegawai Latihan Negeri/Stesen akan memproses permohonan tersebut sebelum dipanjangkan kepada Akmal.

3. Apakah Kursus-kursus yang ditawarkan?

Senarai kursus yang ditawarkan di sepanjang tahun boleh disemak di laman sesawang http://akmal.gov.my. Pertanyaan juga boleh diajukan kepada Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan di talian 06-2331012.

4. Bagaimanakah hendak mengetahui status permohonan sesuatu kursus?

Pegawai yang memohon boleh menyemak permohonan masing-masing melalui Pegawai Latihan Negeri/Stesen masing-masing. Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan Akmal akan menghantar surat tawaran berkursus kepada pemohon melalui Unit Latihan Negeri/Stesen masing-masing.

5. Berapakah kadar yuran yang dikenakan bagi setiap kursus di Akmal?

    Kadar yuran yang dikenakan adalah seperti berikut :

  • 1 hingga 7 hari - RM30.00
  • 8 hingga 30 hari - RM50.00
  • Lebih daripada 1 bulan - RM150.00

6. Bagaimanakah kaedah bayaran dibuat?

Bayaran hendaklah dibuat secara tunai pada hari pertama kursus berlangsung

7. Adakah kemudahan penginapan disediakan?

Pihak Akmal menyediakan penginapan bagi semua peserta kursus yang mengikuti kursus berjadual yang telah ditawarkan.

8. Apakah kemudahan yang terdapat di Akmal?

Akmal menyediakan kemudahan-kemudahan seperti auditorium, gimnasium, gelanggang sepak takraw, stadium, padang bola sepak, surau, perpustakaan kedai cenderahati, kolam renang dan makmal komputer.

9. Adakah kemudahan yang disediakan di Akmal dibuka kepada orang awam?

Tidak. Kemudahan di Akmal adalah khusus untuk peserta kursus warga JKDM sahaja.

10. Adakah Akmal menawarkan khidmat sewaan penginapan kepada orang awam?

Ya. Akmal ada menawarkan khidmat sewaan penginapan tertakluk kepada kekosongan. Kadar sewaan bergantung kepada jenis bilik / kediaman. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar di talian 06-2314015 atau 06-2314048.

11. Adakah perpustakaan Akmal dibuka kepada orang awam?

Tidak. Perpustakaan Akmal hanya untuk kegunaan warga kerja JKDM sahaja.