SOROTAN AKMAL
BENGKEL PENYEDIAAN BUKU PROGRAM LATIHAN AKMAL TAHUN 2020 DI ADMIRAL COVE HOTEL, PORT DICKSON
18 Sept 2019
 
MTCP: INTERNATIONAL COURSE FOR SENIOR OFFICERS OF CUSTOMS ON COMMERCIAL FRAUD
23 Ogos 2019
 
KURSUS PENGGUNAAN SISTEM UCUSTOMS SIRI 2/2019
23 Ogos 2019
 
MESYUARAT PENYELARASAN LATIHAN AKMAL/ ZON/ NEGERI (PLAN) BIL 1/2019
05 Ogos 2019
 


Klik untuk info penuh...
PAUTAN
HUBUNGI AKMAL
Akademi Kastam Diraja Malaysia
Royal Malaysian Customs Academy
Peti Surat 160, Bukit Baru,
Hang Tuah Jaya
75730 Melaka
Malaysia
No Telefon: +6062331040
No Fax: +6062317762

Pandu Arah KE AKMAL
(Direction To AKMAL)


<< BERITA AKMAL
BENGKEL PENYEDIAAN BUKU PROGRAM LATIHAN AKMAL TAHUN 2020 DI ADMIRAL COVE HOTEL, PORT DICKSON
2019-09-18 16:09

P.Dickson, 18 September 2019 - Akademi Kastam Diraja Malaysia telahpun mengadakan Bengkel Penyediaan Buku Program Latihan Akmal Tahun 2020 di Admiral Cove Hotel, P.Dickson bermula pada 10 September 2019 sehingga 12 September 2019. Bengkel ini dipengerusikan sendiri oleh Ybhg. Dato' Soria Binti Osman, Pengarah Akmal bersama-sama Timbalan Pengarah Akmal, Timbalan Pengarah Cawangan Hal Ehwal Antarabangsa, Ibupejabat, Ketua-ketua Jabatan Pengajian Akmal, Pengarah-pengarah Cawangan Akmal, Pendaftar, Unit Latihan Ibupejabat (ULIP) dan Urusetia Bengkel dari Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan (R&D) yang diketuai oleh Ketua Jabatan R&D, Puan Salbiah Binti Musa.

Bengkel ini merupakan platform terbaik untuk berbincang dan membuat keputusan untuk memilih kursus-kursus yang bersesuaian, terkini dan menepati keperluan semasa Jabatan untuk melatih warga Jabatan dan seterusnya melahirkan pegawai-pegawai yang berkemahiran dan memenuhi aspirasi Jabatan. Kursus-kursus yang dipilih dan dirancang ini juga mengambil kira dapatan daripada Kajian Keperluan Latihan (TNA/TNI) untuk tahun 2020/2021 yang telah dilaksanakan pada 16 April 2019 sehingga 16 Mei 2019. Bagi responden dari pengurusan tertinggi Jabatan pula bermula dari 13 Jun 2019 sehingga 12 Julai 2019.