SOROTAN AKMAL
BENGKEL PENYEDIAAN BUKU PROGRAM LATIHAN AKMAL TAHUN 2020 DI ADMIRAL COVE HOTEL, PORT DICKSON
18 Sept 2019
 
MTCP: INTERNATIONAL COURSE FOR SENIOR OFFICERS OF CUSTOMS ON COMMERCIAL FRAUD
23 Ogos 2019
 
KURSUS PENGGUNAAN SISTEM UCUSTOMS SIRI 2/2019
23 Ogos 2019
 
MESYUARAT PENYELARASAN LATIHAN AKMAL/ ZON/ NEGERI (PLAN) BIL 1/2019
05 Ogos 2019
 


Klik untuk info penuh...
PAUTAN
HUBUNGI AKMAL
Akademi Kastam Diraja Malaysia
Royal Malaysian Customs Academy
Peti Surat 160, Bukit Baru,
Hang Tuah Jaya
75730 Melaka
Malaysia
No Telefon: +6062331040
No Fax: +6062317762

Pandu Arah KE AKMAL
(Direction To AKMAL)


<< BERITA AKMAL
MAJLIS PERASMIAN KURSUS ASAS PENGUASA KASTAM GRED WK41 DAN PENOLONG PENGUASA KASTAM GRED WK29 TAHUN 2019
2019-07-18 18:07

MELAKA, 17 Julai 2019 - Majlis Perasmian Kursus Asas Penguasa Kastam Gred WK41 dan Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 siri 2/2019 telah diadakan di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Melaka. Semua peserta kursus telah melapor diri di Akmal pada 15 Julai 2019 yang terdiri daripada 64 orang, iaitu 35 orang peserta lelaki dan 29 orang peserta perempuan. Dari jumlah itu , 9 orang peserta Gred WK41 dan 55 orang peserta Gred WK29. Kursus ini akan diadakan selama 3 bulan dan akan berakhir pada 4 Oktober 2019.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Dato' Dr. Zulkefli Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan). Dalam ucapan, beliau mengharapkan kursus ini dapat membentuk disiplin, keyakinan diri, ketegasan dan kekuatan mental serta fizikal para peserta agar menjadi seorang Pegawai Kastam yang terlatih, mampu menepati kehendak dan aspirasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Menjadi harapan jabatan melalui kursus asas ini, pihak Akmal akan dapat menyediakan pegawai-pegawai kastam yang sentiasa bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Beliau juga menegaskan bahawa jabatan memperuntukkan ribuan ringgit untuk melaksanakan kursus asas ini walaupun dalam keadaan kemelesetan ekonomi, oleh itu ambillah kesempatan ini untuk menimba ilmu dan berazam menjadikan kursus ini adalah kursus asas yang terbaik.

Akhir kata, beliau mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan terima kasih ke atas usaha semua pegawai yang terlibat menguruskan kursus asas ini dari barisan pegawai kanan hinggalah pegawai sokongan, semua pensyarah, jurulatih dan fasilitator.

RAZALI BIN HASSAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN I
AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA