SOROTAN AKMAL
BENGKEL PENYEDIAAN BUKU PROGRAM LATIHAN AKMAL TAHUN 2020 DI ADMIRAL COVE HOTEL, PORT DICKSON
18 Sept 2019
 
MTCP: INTERNATIONAL COURSE FOR SENIOR OFFICERS OF CUSTOMS ON COMMERCIAL FRAUD
23 Ogos 2019
 
KURSUS PENGGUNAAN SISTEM UCUSTOMS SIRI 2/2019
23 Ogos 2019
 
MESYUARAT PENYELARASAN LATIHAN AKMAL/ ZON/ NEGERI (PLAN) BIL 1/2019
05 Ogos 2019
 


Klik untuk info penuh...
PAUTAN
HUBUNGI AKMAL
Akademi Kastam Diraja Malaysia
Royal Malaysian Customs Academy
Peti Surat 160, Bukit Baru,
Hang Tuah Jaya
75730 Melaka
Malaysia
No Telefon: +6062331040
No Fax: +6062317762

Pandu Arah KE AKMAL
(Direction To AKMAL)


<< BERITA AKMAL
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI AKMAL 2019
2019-07-05 15:07

AKMAL MELAKA, 3 Julai 2019 - Bulan Syawal telah pun sampai ke penghujungnya sebelum menjelangnya bulan Zulkaedah. AKMAL Melaka telah mengambil kesempatan yang terakhir ini untuk mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama warga dan keluarga di Dewan Tun Tan Siew Sin, AKMAL Melaka. Majlis ini telah diadakan bermula pada 8.00 malam. Bagi memeriahkan lagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, telah diadakan konsep gerai-gerai yang pelbagai bagi setiap jabatan pengajian di AKMAL. Setiap jabatan pengajian telah ditetapkan menu tertentu di setiap gerai, antaranya ialah ketupat, lemang, rendang ayam dan daging, nasi beriani, sate, mi goreng, soto ayam, kuih muih, buah-buahan dan minuman panas dan sejuk. Semakin meriah lagi apabila gerai-gerai dihias cantik dengan kreativiti masing-masing kerana diadakan pertandingan gerai tercantik.

Seluruh warga AKMAL sangat berbesar hati dengan kesudian pengurusan tertinggi jabatan untuk hadir bersama bagi memeriahkan sambutan aidilfitri ini. Antara pengurusan tertinggi jabatan yang hadir adalah Dato' Azimah binti Abd. Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) dan Pasangan, Dato' Dr. Zulkefli bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) dan pasangan. Turut serta adalah Dato' Soria binti Osman, Pengarah AKMAL, Tuan Tuang a/l Aleong, Pengarah Kastam Negeri Melaka dan pasangan, Tn. Mohd Idris Bin Shaharom, Timbalan Pengarah AKMAL, Pn. Noriah Binti Hj Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Kastam Negeri Melaka, Pengarah-pengarah Cawangan AKMAL dan warga AKMAL serta keluarga.

Di akhir majlis Dato' Azimah dengan diiringi Dato' Soria, sekali lagi dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang Keluarga Aidilfitri iaitu Tuan Fazrul Nizam bin Chairul Akbar, Raja Aidilfitri, En. Ramdan bin Abd Majid dan Ratu Aidilfitri, Puan Noor Afidah binti Manshor. Seterusnya hadiah disampaikan kepada pemenang pertama gerai tercantik jatuh kepada Jabatan Pengajian Teknikal (JTEK), kedua ialah Jabatan Pengajian Asas perkastam (JP&P) dan ketiga ialah Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP).

Majlis diteruskan lagi dengan peyampaian hadiah kepada pemenang nyanyian karaoke oleh Dato' Dr. Zulkefli bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan). Pemenang pertama ialah pasangan duet Tuan Mohd Hanafi bin Harun dan En. Mahfar bin Mahzan, kedua Tuan Ahmad Zuhdi bin Md Khudzari dan ketiga En. Mohammad Airil bin Ibrahim. Semoga program Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini sebagai wadah bagi mengeratkan lagi tali siraturahim antara warga jabatan dan keluarga. Majlis diakhiri dengan bergambar beramai-ramai warga dengan pengurusan tertinggi jabatan.

RAZALI BIN HASSAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN I
AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA