SOROTAN AKMAL
BENGKEL PENYEDIAAN BUKU PROGRAM LATIHAN AKMAL TAHUN 2020 DI ADMIRAL COVE HOTEL, PORT DICKSON
18 Sept 2019
 
MTCP: INTERNATIONAL COURSE FOR SENIOR OFFICERS OF CUSTOMS ON COMMERCIAL FRAUD
23 Ogos 2019
 
KURSUS PENGGUNAAN SISTEM UCUSTOMS SIRI 2/2019
23 Ogos 2019
 
MESYUARAT PENYELARASAN LATIHAN AKMAL/ ZON/ NEGERI (PLAN) BIL 1/2019
05 Ogos 2019
 


Klik untuk info penuh...
PAUTAN
HUBUNGI AKMAL
Akademi Kastam Diraja Malaysia
Royal Malaysian Customs Academy
Peti Surat 160, Bukit Baru,
Hang Tuah Jaya
75730 Melaka
Malaysia
No Telefon: +6062331040
No Fax: +6062317762

Pandu Arah KE AKMAL
(Direction To AKMAL)


<< BERITA AKMAL
MAJLIS IFTAR RAMADAN BERSAMA PENGURUSAN TERTINGGI JKDM
2019-05-23 09:05

AKMAL MELAKA, 17 Mei 2019 - Segala pujian dan syukur ke hadrat Allah S.W.T. yang telah menganugerahi hamba-Nya bulan Ramadan Al-Mubarak, bulan yang penuh keberkatan dan gandaan pahala melebihi seribu bulan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan keluarga serta para sahabat Baginda yang mulia. Mengambil keberkatan bulan yang mulia ini, AKMAL Melaka bersama-sama Jabatan Kastam Diraja Malaysia Melaka telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadan Bersama Pengurusan Tertinggi Jabatan.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Dato' Azimah Binti Abd. Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Dato' Soria Binti Osman, Pengarah AKMAL, Pn. Azizah Binti Kechik, Timbalan Pengarah JKDM Melaka mewakili Pengarah Kastam Negeri Melaka, Tn. Mohd Idris Bin Shaharom, Timbalan Pengarah AKMAL, Pn. Noriah Binti Hj Abdul Rahman, Timbalan Pengarah JKDM Melaka, warga AKMAL serta JKDM Melaka, sebahagian pesara-pesara AKMAL dan JKDM Melaka, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang, anak-anak yatim dan asnaf miskin serta pembekal perkhidmatan AKMAL.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dato' Soria Binti Osman disusuli ucapan oleh Dato' Azimah Binti Abd. Hamid. Antara intipati ucapan beliau adalah Majlis Iftar Ramadan merupakan aktiviti yang telah diprogramkan dimana Pengurusan Tertinggi Jabatan berbuka puasa bersama-sama warga JKDM serta anak-anak yatim dan asnaf miskin supaya hubungan silaturahim dan muhibah dapat dijalinkan antara satu sama lain. Bagi mencari keberkatan Allah S.W.T. serta merasai manisnya iman kerana membantu saudara sesama mukmin, majlis turut menyampaikan cenderahati dan sumbangan kepada anak-anak yatim dan asnaf miskin supaya dapat meringankan sedikit sebanyak beban mereka. Allah Ta'ala Berfirman:

"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat gandakan (pahalanya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak". (QS. Al-Hadid: 18)

Tidak dilupakan juga sumbangan Khairat Kematian Bakiska berjumlah RM5,600.00 telah sampaikan kepada balu arwah Encik Rasul bin Jemdol, Pembantu Penguasa Kastam Kanan JKDM Melaka serta balu arwah Encik Muhammad Dirwan bin Samuri, Pembantu Operasi AKMAL. Tazkirah Ramadan bertajuk "Ramadan Ya Ramadan" telah disampaikan oleh Ustaz Fahim Bin Robani, pensyarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi mengisi waktu dengan bermanfaat. Seterusnya, warga AKMAL dan JKDM Melaka bersama-sama tetamu jemputan turut mengimarahkan solat Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Terawih secara berjemaah di Surau Al A'bidin, AKMAL bagi menghidup dan memeriahkan malam di bulan Ramadan yang mulia ini.

Sabda Rasulullah S.A.W. dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bererti:

"Sesiapa yang mendirikan solat (Terawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu".

Semoga kita semua dapat meneruskan ibadah puasa ini dengan penuh istiqomah untuk mendapat keredhaan dan pengampunan dari Allah S.W.T.

SALBIAH BT MUSA
KETUA PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM
AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA