SOROTAN AKMAL
BENGKEL PENYEDIAAN BUKU PROGRAM LATIHAN AKMAL TAHUN 2020 DI ADMIRAL COVE HOTEL, PORT DICKSON
18 Sept 2019
 
MTCP: INTERNATIONAL COURSE FOR SENIOR OFFICERS OF CUSTOMS ON COMMERCIAL FRAUD
23 Ogos 2019
 
KURSUS PENGGUNAAN SISTEM UCUSTOMS SIRI 2/2019
23 Ogos 2019
 
MESYUARAT PENYELARASAN LATIHAN AKMAL/ ZON/ NEGERI (PLAN) BIL 1/2019
05 Ogos 2019
 


Klik untuk info penuh...
PAUTAN
HUBUNGI AKMAL
Akademi Kastam Diraja Malaysia
Royal Malaysian Customs Academy
Peti Surat 160, Bukit Baru,
Hang Tuah Jaya
75730 Melaka
Malaysia
No Telefon: +6062331040
No Fax: +6062317762

Pandu Arah KE AKMAL
(Direction To AKMAL)


<< BERITA AKMAL
MAJLIS TAMAT LATIHAN KURSUS ASAS PEMBANTU PENGUASA KASTAM GRED WK19 SIRI 1/2019
2019-05-14 15:05

MELAKA, 3 Mei 2019 - Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pembantu Penguasa Kastam WK19 Siri 1/2019 telah diadakan di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Melaka. Dato' Soria Binti Osman, Pengarah AKMAL, Timbalan Pengarah AKMAL, Pengarah-pengarah Cawangan AKMAL, Ketua-Ketua Jabatan AKMAL, Pendaftar serta warga AKMAL mengalu-alukan kedatangan tetamu jemputan iaitu Dato' Paddy Bin Abd Halim, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato' Azimah Binti Abd. Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengutkuasaan/Pematuhan), Dato' Dr. Zulkefli Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan), Tn. Tuang a/l Aleong, Pengarah Kastam Negeri Melaka, Pn. Zaida Binti Hussin, Pengarah Kastam Negeri Sembilan serta keluarga para peserta kursus.

Majlis telah disempurnakan oleh Dato' Paddy Bin Abd Halim. Dalam ucapannya, beliau telah menyeru para peserta kursus agar segala ilmu yang dipelajari sepanjang kursus ini dijadikan sebagai pemangkin untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Pengorbanan yang tinggi daripada warga kerja amat diperlukan agar tugas dan amanah yang diberikan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Kursus Asas tersebut yang bermula dari 11 Februari 2019 hingga 3 Mei 2019, telah dihadiri oleh 184 Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19. Kesemua peserta kursus telah berjaya menamatkan kursus ini dengan menempuh pelbagai cabaran sepanjang kursus ini dijalankan.

Seterusnya Dato' Paddy Bin Abd Halim diiring oleh Dato' Soria Binti Osman, menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta-peserta kursus yang cemerlang dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus ini. Pembantu Penguasa Kastam, Mohamad Shafiq bin Alias dari JKDM Pulau Pinang telah dipilih sebagai peserta keseluruhan terbaik untuk Kursus Asas Pembantu Penguasa Kastam WK19 Siri 1/2019. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari di Dewan Tun Tan Siew Sin. Band D'AKMAL telah membuat persembahan bagi memeriahkan lagi suasana jamuan makan tengahari tersebut.

RAMESWARAN A/L THANGAVELOO
PEGAWAI PERHUBUNGAN II
AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA