SOROTAN AKMAL
BENGKEL PENYEDIAAN BUKU PROGRAM LATIHAN AKMAL TAHUN 2020 DI ADMIRAL COVE HOTEL, PORT DICKSON
18 Sept 2019
 
MTCP: INTERNATIONAL COURSE FOR SENIOR OFFICERS OF CUSTOMS ON COMMERCIAL FRAUD
23 Ogos 2019
 
KURSUS PENGGUNAAN SISTEM UCUSTOMS SIRI 2/2019
23 Ogos 2019
 
MESYUARAT PENYELARASAN LATIHAN AKMAL/ ZON/ NEGERI (PLAN) BIL 1/2019
05 Ogos 2019
 


Klik untuk info penuh...
PAUTAN
HUBUNGI AKMAL
Akademi Kastam Diraja Malaysia
Royal Malaysian Customs Academy
Peti Surat 160, Bukit Baru,
Hang Tuah Jaya
75730 Melaka
Malaysia
No Telefon: +6062331040
No Fax: +6062317762

Pandu Arah KE AKMAL
(Direction To AKMAL)


<< BERITA AKMAL
BICARA EKSEKUTIF HALATUJU DAN CABARAN JKDM MENEMPUH ERA 2020
2019-04-29 15:04

MELAKA, 25 April 2019 - Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Melaka telah mengadakan Majlis Bicara Eksekutif bersama Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato' Paddy bin Abd Halim yang bertajuk Halatuju dan Cabaran Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Menempuh Era 2020 anjuran peserta Kursus Executive Leadership Programme bagi Gred WK52. Majlis ini turut dihadiri oleh Dato' Soria Binti Osman, Pengarah AKMAL, Tuan Mohd Idris Bin Shaharom, Timbalan Pengarah AKMAL, Ketua-ketua Jabatan AKMAL, Pendaftar, peserta Kursus Asas Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 dan warga AKMAL.

Majlis yang diadakan secara santai ini dikendalikan oleh moderator dari peserta Kursus Executive Leadership Programme, Tuan Mohammad Furiman Bin Hattar. Bual bicara dimulakan dengan penjelasan daripada Dato' Paddy mengenai cabaran utama 25 hari memegang jawatan Ketua Pengarah Kastam Malaysia. Antaranya menjadikan JKDM sebagai agensi yang terbaik di Malaysia dari segi perkhidmatan yang disampaikan kepada rakyat. Selain daripada itu, menangani ketirisan hasil dari penyeludupan rokok dan minuman keras adalah cabaran yang amat perlu diberi penekanan dengan membanteras sindikit penyeludupan melalui peningkatan operasi-operasi outlet, bertindak atas maklumat Pegawai Risikan, Pegawai Unit Siasatan Dalaman, kerjasama NGO dan juga pengarah-pengarah negeri. Disamping itu, penekanan ke atas integriti pegawai bagi menjaga imej jabatan antaranya melalui Job Rotation, terutamanya di tempat-tempat sensitif. Ini diharap dapat mengurangkan persepsi negatif masyarakat terhadap pegawai-pegawai Jabatan.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar Pengarah AKMAL, Timbalan Pengarah AKMAL, Ketua-ketua Jabatan Pengajian AKMAL dan peserta Kursus Executive Leaderships Programme Gred WK52 bersama Dato' Paddy Bin Abd Halim.

RAZALI BIN HASSAN,
PENOLONG KANAN PENGARAH KASTAM II,
PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM,
AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA