SOROTAN AKMAL
BENGKEL PENYEDIAAN BUKU PROGRAM LATIHAN AKMAL TAHUN 2020 DI ADMIRAL COVE HOTEL, PORT DICKSON
18 Sept 2019
 
MTCP: INTERNATIONAL COURSE FOR SENIOR OFFICERS OF CUSTOMS ON COMMERCIAL FRAUD
23 Ogos 2019
 
KURSUS PENGGUNAAN SISTEM UCUSTOMS SIRI 2/2019
23 Ogos 2019
 
MESYUARAT PENYELARASAN LATIHAN AKMAL/ ZON/ NEGERI (PLAN) BIL 1/2019
05 Ogos 2019
 


Klik untuk info penuh...
PAUTAN
HUBUNGI AKMAL
Akademi Kastam Diraja Malaysia
Royal Malaysian Customs Academy
Peti Surat 160, Bukit Baru,
Hang Tuah Jaya
75730 Melaka
Malaysia
No Telefon: +6062331040
No Fax: +6062317762

Pandu Arah KE AKMAL
(Direction To AKMAL)


<< BERITA AKMAL
KURSUS IMAM & BILAL JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA 2019
2019-04-23 08:04

BUKIT BARU, 23 April 2019 - Akademi Kastam Diraja Malaysia, melalui Jabatan Pengajian Kepimpinan (JKEP) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menganjurkan Kursus Imam & Bilal Jabatan Kastam Diraja Malaysia 2019 pada 8 April hingga 10 April 2019 bertempat di AKMAL Melaka dan disertai 42 orang pegawai dan kakitangan JKDM dari pelbagai gred.

Kursus ini bermatlamat melahirkan Imam & Bilal yang kompeten di dalam Jabatan terutama bagi mengurus dan mentadbir surau-surau di Kuarters, majlis-majlis rasmi jabatan dan juga di dalam komuniti setempat.

Kursus ini juga menekankan pelbagai aspek bermula dengan Ilmu Tajwid, Etika Imam dan Bilal, Akidah dan Tasawwuf hinggalah kepada Sembelihan Halal dalam Islam amat bertepatan dan sesuai dengan objektif kursus.

Pemilihan pensyarah-pensyarah yang didatangkan khas dari Jabatan Mufti Negeri Melaka terdiri daripada Mufti dan Timbalan Mufti Negeri Melaka, Mantan Mufti Negeri Melaka serta Imam Besar Negeri Melaka turut menyumbang kepada respon yang amat positif daripada peserta-peserta kursus.

Kursus ini mendapat reaksi yang amat memberangsangkan dan rata-rata peserta mencadangkan agar kursus ini diteruskan di masa-masa akan datang dan jumlah hari ditambah.