SOROTAN AKMAL
BENGKEL PENYEDIAAN BUKU PROGRAM LATIHAN AKMAL TAHUN 2020 DI ADMIRAL COVE HOTEL, PORT DICKSON
18 Sept 2019
 
MTCP: INTERNATIONAL COURSE FOR SENIOR OFFICERS OF CUSTOMS ON COMMERCIAL FRAUD
23 Ogos 2019
 
KURSUS PENGGUNAAN SISTEM UCUSTOMS SIRI 2/2019
23 Ogos 2019
 
MESYUARAT PENYELARASAN LATIHAN AKMAL/ ZON/ NEGERI (PLAN) BIL 1/2019
05 Ogos 2019
 


Klik untuk info penuh...
PAUTAN
HUBUNGI AKMAL
Akademi Kastam Diraja Malaysia
Royal Malaysian Customs Academy
Peti Surat 160, Bukit Baru,
Hang Tuah Jaya
75730 Melaka
Malaysia
No Telefon: +6062331040
No Fax: +6062317762

Pandu Arah KE AKMAL
(Direction To AKMAL)


<< BERITA AKMAL
PROGRAM NILAI-NILAI MURNI TILAWAH AL-QURAN 2019 JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
2019-03-04 16:03

BUKIT BARU, 4 Mac 2019 - Pada 25 hingga 28 Februari 2019, telah berlangsung Program Nilai-Nilai Murni Tilawah Al-Quran 2019 Jabatan Kastam Diraja Malaysia bertempat di Institut Penilaian Negara ( INSPEN ), Kajang. Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) telah menghantar wakil Qari dan Qariah iaitu Tuan Ahmad Zuhdi B Md Khudzari dan Puan Puteri Attia Bt Borhan untuk bertanding di dalam program tersebut. Pertandingan ini disertai oleh 12 Qari dan 11 Qariah dari seluruh Negara.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji tahap kemahiran peserta dalam Tilawah Quran merangkumi beberapa aspek seperti Tajwid, Fasohah / Kelancaran, Suara yang perlu dikuasai oleh para peserta. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Operasi Penguatkuasaan Zon Tengah, Dato' Abdul Wahabi Bin Abdullah. Manakala Majlis Penutupan dan Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato' Sri Subromaniam Tholasy. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Yang Dipertua Persatuan Wanita Kastam (PEWAKAS), Datin Sri Usha Rani A/P Muniandy dan INSPEN, Sr. Haji Mohd Nazri Ahmad Zahari.

Johan kategori Qari telah dimenangi oleh Tuan Wan Allam Shah daripada JKDM Sarawak manakala Johan Qariah disandang oleh Puan Nor Siti Rohaya Binti Abd. Rasit daripada JKDM Kedah. Masing-masing membawa pulang hadiah berupa Piala Pusingan, Pakej Mengerjakan Umrah, Wang Tunai bernilai RM1,000, hadiah iringan dan sijil penyertaan. Manakala, wakil Qari dan Qariah AKMAL menduduki tempat ke 4 dan tempat ke 10. Semoga penganjuran pertandingan seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.