SOROTAN AKMAL
PERUTUSAN HARI RAYA OLEH PENGARAH AKMAL
22 Jun 2017
 


Klik untuk info penuh...
PAUTAN
HUBUNGI AKMAL
Akademi Kastam Diraja Malaysia
Royal Malaysian Customs Academy
Peti Surat 160, Bukit Baru,
Hang Tuah Jaya
75730 Melaka
Malaysia
No Telefon: +6062331040
No Fax: +6062317762

Pandu Arah KE AKMAL
(Direction To AKMAL)
<< BERITA AKMAL
PERUTUSAN HARI RAYA OLEH PENGARAH AKMAL
2017-06-22 16:06







Salam Sejahtera, Salam 1Kastam, Salam 1AKMAL, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka Maju Fasa Kedua, Melaka 755 Tahun. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya kita telah dapat menjalani bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan yang akan berakhir tidak lama lagi. Sepanjang bulan Ramadhan kita telah berkesempatan mengadakan Program Ceramah Agama, Majlis Berbuka Puasa Anjuran Bersama AKMAL dan JKDM Melaka dan tidak ketinggalan mengadakan majlis memasak dan mengagihkan bubur lambuk kepada Warga AKMAL. Terima kasih kepada semua warga AKMAL yang terlibat secara langsung dalam menjayakan semua aktiviti sepanjang Ramadhan pada kali ini.

Saya ingin mengambil kesempatan mohon ampun maaf zahir dan batin atas apa jua tutur kata bahasa perilaku yang mengguris hati tuan puan. Saya juga memaafkan tuan puan sekiranya ada. Bersama-samalah kita bermaafan mengeratkan silaturahim. Semoga kita menjadi warga AKMAL yang mulia disisi Allah Taala.

Kepada warga AKMAL yang pulang beraya di kampung bersama keluarga, diingatkan supaya berhati-hati dalam perjalanan dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Semoga selamat bertemu keluarga tercinta dan kembali semula ke AKMAL. Akhir kata saya sudahi ucapan saya dengan serangkap pantun;

Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Ramadan berlalu syawal mendatang,
Bermaaf-maafan sesama kita.


Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.



Sekian.

DATO' AZIMAH BINTI ABD HAMID
PENGARAH
AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA