WCO SUB-REGIONAL WORKSHOP FOR SOUTH EAST ASIA TOWARDS THE ACCESSION TO REVISED KYOTO CONVENTION
Pada 8 April hingga 12 April yang lalu, Jabatan Pengajian Luar (JPL) telah menganjurkan satu bengkel bertajuk WCO Sub-Regional Workshop For South East Asia Towards The Accession To Revised Kyoto Convention. Peserta-peserta dari 9 buah negara termasuk dari Malaysia sendiri telah menyertai bengkel ini. Negara-negara tersebut adalah Brunei, Cambodia, Indonesia, Laos, Myanmmar, Filipina, Thailand dan Vietnam. Bengkel telah dirasmikan oleh Pengarah AKMAL YBhg.Puan Dayang Fatimah binti Johari.
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN PENGARAH AKMAL

Satu Majlis Serah Tugas bersempena dengan pertukaran Timbalan Pengarah AKMAL Tuan Rosinah Ali ke Negeri Selangor telah diadakan pada 12 April 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Sepakat AKMAL. Tempat beliau telah digantikan oleh Tuan Roslan Bin Mohd Yasin dari Ibu Pejabat JKDM Putrajaya. Majlis disaksikan oleh Pengarah AKMAL YBhg.Puan Dayang Fatimah Binti Johari, Ketua-ketua Jabatan dan warga kerja AKMAL.
Warga kerja AKMAL turut menyampaikan rasa penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang dikasihi Tuan Rosinah Ali di atas segala sumbang bakti yang telah beliau berikan sepanjang berkhidmat di AKMAL. Warga kerja AKMAL juga mengucapkan Selamat Datang kepada Timbalan Pengarah yang baru, Tuan Roslan Mohd Yasin.
Kepada Pengguna,
Mulai sekarang, e-mel anda dihantar ke Sistem E-Mel Exchange/OWA.
Capaian baru bagi sistem webmail baru adalah https://webmail.customs.gov.my .Sistem ini dikenali sebagai Outlook Web App (OWA).
Untuk membolehkan anda mengakses sistem OWA ini, anda mesti mengaktifkan akaun di https://migrasi.customs.gov.my/ atau https://10.13.180.99 atau https://218.208.33.76 . Sila ambil maklum bahawa polisi kata laluan baru hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 12 aksara.
Sebarang pertanyaan /masalah sila berhubung dengan +603-8882 2591/2589/2586 atau e-mel kepada email@customs.gov.my. Panduan pengguna boleh didapati secara online di laman web http://www.customs.gov.my/panduan-emel
Terima Kasih
Pasukan Migrasi E-mel
CTM Ibu Pejabat JKDM
AKMAL DIANUGERAHKAN THE BLUE RIBBON CERTIFICATE SEBAGAI PENGIKTIRAFAN KE ATAS PELAKSANAAN POLISI AKMAL BEBAS ASAP ROKOK.

YBhg Puan Dayang Fatimah binti Johari, Pengarah AKMAL telah menerima The Blue Ribbon Certificate dari YB. Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia.

Bergambar ramai dengan YB. Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia dan penerima anugerah dari Agensi lain.
AKMAL telah melaksana polisi Bebas Asap Rokok sejak 11 April 2010. Polisi ini diperkenalkan oleh pengurusan AKMAL untuk memastikan persekitaran AKMAL sebagai institusi latihan yang sihat, selamat dan bebas asap rokok. Polisi AKMAL Bebas Asap Rokok ini terpakai kepada sesiapa sahaja yang berada di kawasan AKMAL termasuk warga AKMAL sendiri, peserta kursus dan semua pelawat yang berkunjung ke Akademi ini. Ini bererti, dengan pendekatan sentiasa bergerak ke hadapan ataumoving forward, semua tempat di dalam AKMAL merupakan kawasan larangan merokok.
Polisi AKMAL Bebas Asap Rokok ini adalah selari dengan hasil dari kajian saintifik yang mendapati tabiat merokok dan terhidu asap rokok memudaratkan kesihatan. Asap rokok yang mengandungi gas toksik dan partikel dibuktikan secara klinikal antara penyebab penyakit kanser dan merosakkan jantung serta paru-paru.
Polisi AKMAL Bebas Asap Rokok ini juga selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Melaka yang melancarkan program Melaka Bebas Asas Rokok pada tahun 2010. Di samping itu, polisi ini adalah menyokong komitmen Kerajaan Malaysia yang menandatangani Konvensyen Rangka Kerja Bagi Kawalan Tembakau, Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) pada tahun 2005. Di bawah Artikel 8 Konvensyen tersebut, kerajaan mengesahkan komitmennya untuk memberi perlindungan kepada orang awam daripada pendedahan terhadap asap rokok melalui peraturan-peraturan larangan merokok.
Usaha-usaha yang dilaksanakan oleh AKMAL berkaitan bebas asap rokok ini telah mendapat pengiktirafan dariMalaysian Health Promotion Board(MySihat) atau Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat).Malaysian Health Promotion Board(MySihat) merupakan sebuah badan berkanun yang pertama ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan pewartaan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 (Akta 651). Antara lain objektif organisasiMalaysian Health Promotion Board(MySihat)ialah mempromosi pengamalan cara hidup sihat dan mempertingkatkan keadaan sosial serta persekitaran bagi memperbaiki kualiti hidup rakyat Malaysia yang bebas dari asap rokok.
Selaras dengan pengiktirafan ini, AKMAL dianugerahkan The Blue Ribbon Certificateoleh Malaysian Health Promotion Board(MySihat). Sijil ini dianugerahkan kepada organisasi yang menunjukkan kesungguhan untuk melaksanakan persekitaran hidup yang sihat tanpa asap rokok. Sijil ini disampaikan oleh YB.Dato’ Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia. Majlis penyampaian sijil diadakan diSwan Convention Centre, Sunway Medical Centre,Petaling Jaya, Selangor pada 28 Februari 2013. YBhg. Puan Dayang Fatimah binti Johari, Pengarah AKMAL telah menerima sijil berkenaan. Namun, penganugerahan ini bukan penutup tirai kepada usaha memperkasa amalan gaya hidup sihat tanpa asap rokok dalam persekitaran AKMAL. Usaha menjadikan AKMAL sebagai premis bebas asap rokok akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa.



